Thursday, January 22, 2009

RhsSiEe D sBaLek~

Assalamualaikum,

mungkin artikel ni agak panjang dan agak extreme bagi sesetengah pihak..tapi semoga kita dapat buka minda kita untuk berfikir tentang perkara ni. Asyik perjuangkan konsep "open minded" je..bila kita nak open mind kita terhadap perkara di bawah ni??

Wassalam

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua.

Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum, adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi.

Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.

Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan.

Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata.

Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).

Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak.

Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat.

Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group‚ nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah.

Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan.

Itulah manusia

Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.

Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah.

Takut manusia kecundang

Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'raf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung.

Bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit, adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.

(Surah an-Nur: Ayat 3)

.

Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang pernah berzina hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah berzina juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand‚ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya.

Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya

Kami ingin mendapat redha Tuhan.

Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.

Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat.

Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. menyesal.

Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami.

Saatnya adalah setelah ijab Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu yang berdosa,

Amin, Ya Rabb.

Moga Allah terima taubatmu

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

WALLAHU'ALAM…

Tuesday, January 20, 2009

3rd day JoT~

salam~

ari nie...SYoK GLes2!!
dpt kt HeLicoPter simulat0r~
kne lk ngn abg Zizi... ;)
em..mle2 dye siyes gles2...
tp lme2...x pn!
ja0 beze~

ak kne wt la kje2 opening~..
pas2 kne try wt announcment lk...fuHh! nerv0us awl2..
lg2 ble dye slalu perli ak..

pas2 sTart lA ari bkRje...
mle2 agk kek0k r...
lg2 kne ngn bdk2 YG EG0iS!
adoi..nie la mnusie..
mmg a abg zIzi cm nk mAra jek..haha
tkot tgk~..

cm Garang je staff Sorg nie~...
lme2...heh..
xgrg pn~
lwk gles2 ade r..
xptus2 gelak bel b0rak ngn dye...
xthn...da la bZe um0 10 ta0n..ley lk men ak ko..
adush!

mSe brLalu dGn pnTs....xde La bosAn cm kT aRif PicKUp..
Yg x ley bla nye...
ade saTu mse nie..
abg zizi soh ak great s0rg visit0r nie..
dye cm nk g tnds n tnye mende2 len r..
puas ak tErang~!..
rupen2 nye!~...
STAFF...kwn Abg Zizi..
ad0i..jaat t0l!!
Abg zizI kt blakg ak trgelak cm ape2 je!
malu gleS! grrrr..
pglmn~

lps rehat mkn je..
ade gr0up br orentasi tok volunteer br dtg kt heli...
staff uh trang la psl heli nie..
fuhh..dgan bgge nye staff uh prknlkn ak (mauizah) n abg zizi..
hua3..
sebut nme ak pn xbtol..tape2..faham2..
ceyh...cm da lme je kje..pdhl br je jge stu..hee :D
pergh..wt mke lk kt ak..grrr..kne kang!
haha..

pejam celik pejam celik..
da ABES wak2...
ak kne wt pgmuman tok last ride Heli lk..
sgn uhh..abg zizi asek glak sbb temp0 slh~
adush ag!

mmg le~
ble rolL calL je..OJT kne knlkn dri..
then nyanyi! fuhh..no way~!
ak brLkon jek! kne lk ngn Abg ziZi ag!
mlu gles2~
sume gelak jek..

FM ari Nie bez~
kak erma..baek!
n ak rse staff yg baek wt smntre nie..yg pramah~..
KaK eRma n Abg zIZi..
bez!!!!
pLeng Sp0rtIng n BaeK n BEZ R!~
huhu..hee :D

Ari yg sr0nok n pNAt!
tp sr0nok..jmpe plbgai jnis 0rg le..

-wassalam-
mauizah~20 jan 09

Tuesday, January 13, 2009

~1st dAy oF ReaL wOrkinG!!~

1st day kje!
mmg excited..
dtg awl uuu..
punch kad...huhu...
pas2 g sarap jap!..
msok je..slah jln 2..da pusing satu cetre nk g k tmpt kumpul!
haha..dah la lmbt..hua3

kami org bru!~ :0
mawii bhgian OSC stand 4 operati0n science centre..
kumpul...
FUHH!!
kne jge lobby woah!

mle2..akk staff uh terang sal locker bag~
ade 3 jenis..
terang sume procedure...
p0op! dtg costumer...
dpt la practise!.
haha..tetibe rmai lak..
kelang kabut jd nye!
akk2 uh gelak jek~! ad0oi..

pas2 knal ngn staff2 yg jge kt kauter..abg izu n abg mee...hua3
'hye izah!'..
em...jd la jge kaunter bag..
pas2 akk uh terang sume mende sal kt lo0bby...

da bosan jge kauter beg...
pegi smbut tetamu lk..
yg xthnnye....
ckp mmg sleng pape jek!
susa nk pickup mle2..lme2 okeyh je..
ade uh..cm nk mara jek!
ad0i
nie la manusia en..
pelbagai rgam! of cos~

yg x thn ag...tmpt uh cm tmpt counter service jek!!
sbb nye..rmai gles dtg sbb nk tnye..mn skybridge..
mne aquari..mn money changer...mn nk bli itu ini..
hua3..
grrrr..sabo je ler...

ble counter tiket da tutup je en...
ade ag foreigner dtg nk msok..
tp mn ley..da tutup..
tp dyorg mara2 n kutuk2..
adush!!!
kne agik~!
sabo0 itu sparuh drpd iman~
haha..

kne pggl roll call!~
fuhh..ak kne entam agik!~
sabo02..
hahaha..
tpe2 pglmn....

abg2 staff uh lk slalu knekn ak...ado0i..
mmg r dyorg buli ak..mntg2 br kt cni..
n sorg je volunteer..tape2..
nnt!
hahaha.. :))

wh0le day mmg pnat r..
brdri spnjg mse..mn x nye~
tpi..yg pntg..
pglmn yg bgtu brhrge~

dats all 4 today~thnk u! ;)

Thursday, January 8, 2009

3rd day of 0riEntaTi0n~

ari ketige~>.....
ak org kedue smp!..fuhh..awl nye~..mn org len x smp2...
mle2....klas fizik!..haha...
ala...psl mende2 basic je..simple2 je....
pas2...

SPEED!~
mende speed??
mcm2 r aktiviti....
wt gr0up...bes ahli gr0up ak~..
pegi ke exibit...tgk2...pas2 ade fesi terang....interesTinG gKX!
then plih satu exibits tok wt presentati0N nnT~...

ktrg amek..BRAINBALL~
nk tw sal pe??....em..sal 2 org...kne pkai satu alt nie..kt kple...
then...dye kne relax..bola uh akn brjln dr tgh ke mn2 tmpt yg tmpt org yg kalah..
sp yg pleng relax...dye mng!..
ak men ngn sume 0rg sume kalah! ak sTRESS KE??!!
agk nye nerv0us kot..sbb sume org tga tgk ktrg as v0lunteer wt mende uh..hahakx

ktrg kne cte sal mende2 sume uh..
graph~
ade waves alfa n teta~ fuhhh..
yg intrksi ngn brain~..bes uh!
tp mlgnye~ksuntukan mse..
so! ktrg x kne wt..haha

lps uh...progrm kt diN0tReK 2!
fuhh..bez glerh..
abg2 n akk uh cte la sal sume exibits uh..
DETAIL!...
sbb ktrg en bkl v0lunteer~
then...ktrg ade kne wt satu tgsn ni dlm gr0up..ktrg 5 org...(2 boys 3 gurl)
kne wt sal dinas0r kt ctu..ikot r ktrg kne dinnas0R mn~
gr0up ak un wt la...mind map..fuhh..
lwa gkx! :D
ak wt intr0..then trang sket2..sume ahli kne present!
2 yg bez~
ape yg pntg...KERJASMA!
haha...

pas2 byk la akk uh cte sal dinas0r2~
fuhh..byk ilmu dpt ari nie~
so preci0us!!

then..ktrg cube sume exibits yg bkl ade...mini show!
yg bkl ktrg wt~fuhh..mmg bez!
ade 8 mini sh0w kot!

lps uh...kami d beri surat khabar lme....n sel0tep..
tok wt sorg ntre kami jd dinas0r buAtan kami sume!
haha..fuhhh..KREATIF belaka~
mmg lwk!...glak abes!...bes nye...
ade 8 group..bez blke..

abes kol 6..mkn ptg~..solat.then blek..
sblom uh..ade tklimat sal JOT..(job on training)
hee... ;)

epi sgt ari nie! thnx 2 all my fwenz~!..
luv u all!

-wassalam-



Tuesday, January 6, 2009

2nd day of orentati0n week~

ari nie..smp lmbt sket..kol 8.30 gtu..
amek pas...nek atas je..fuhh!! rmai da dtg..tape2..still ade geng dtg lmbt wak2 uh..hee
mn nk duduk......(lme uh brdri tok cr tmpt duduk yg bes!)...
tetibe ade bdk pggl nme ak soh dok tmpr dye..sblh bdk ak dok smlm..
eee..xnk ak!!..ak pn tolak..'eh,tape..i da ade tmpt duduk sni'...(tpu je snn nye..nk elak..)
then jmpe geng...ape ag!! dok ngn dye r!....dpt dok sblh gurl....
dpn byk kosong..ak n kwn ak pn dok r dpn..tp dye dok tmpt len..
sblh ak kosong...mle2 ade bdk saser kne dok sblh ak..pas2 fhm2 la dye...dye dok kt sblh sne..xde org..so...antre ak n bdk uh ksong....ltk beg r! ape ag!

1o mnt lps roll call...tetibe ade sorg kwn br dok sblh ak..fuh!! slmat~
kls un mle...introduncti0n tok overalll...
bla bla bla bla......
lunch tyme~....

sejam lbey mse lbeh..ape ag! kua ptrosain r..sjok 0o dlm uh!..
jln2....then jmpe blek kt dlm...

NOow!!...pusing2 tyme!!...
fuhh! sron0k! kne bhgi due gr0up...jeng3~...ak msT r sme gr0up ngn geng ak...
ktrg jln sme..da r ari nie x rmai visit0rs..ag bex~
kak tim cte r...psl sume2..bez2...
bygkn due jam rse cm 10 mnt~..huhu
mmg sr0nok...knl2 ngn staff n seni0r2 volunteer kt ctu ag~...bez!
sume eppi goal lucky...

lps tea break je...kami ade sesi dgn mister jemmy~..mat salleh guy..
dye cte r sal light....how it produce fr0m enrgy....
gas inside...fuhh...PHYSICS abes r!!
da la ak x brape ske physic..ad0i..tp dga dye cte mmg bez r..
mle2 dye ckp mmg agk susa nk pickup..sbb dye ckp lju glerh...
tpi lme2 bley r..no pr0b...haha....
mcm2 r..presntati0n..fuhh..bdk2 volunteer yg bijak2 bg idea...fuhh..

lastly~2day is marvellous!...jln2 r bez...huhu ;)

Monday, January 5, 2009

1st day of orientati0n week~ (luahan ati)

arrived at 8.00 a.m..........fuhh...awl uh~..
ms0k dgn slumbernye...bg kd pgnln..dpt pas~
nek lvel 5..breakfast!!...yum yum..da la x sarap kt uma..
9.00 a.m.~roll call...ado0i..smp nme MAUIZAH je..msT dyorg slah sebut..satu class glak.adeyh..
mmg x dpt elak!! pggl izah je sng! xde la rosak nme ak...

ice breaking~...wt bulatan besaarrrrrr...'sblh2 mst len2 gender'..
ad0i..ni yg xske..hee....:D

knlkn dri...moto gkx!..speaking ler...adeyh..asl dyorg makin dkat ngn ak nie??..geli r..ad0i..
xske3...ak syp jek~

ms0k class~..briefing sal sume bende alah yg pntg kt ptrosain...
'duduk sblh2 pn kne len gender'......'ad0i!!!!!!..ape plak nie!!'
ak br nk bgn...da due org guys dok sblh ak..ad0i..
'em..sori..jarak sket eh! hee...'....hope dye fhm~..bdk sblh ag satu nie fhm lk..bgos2..

spnjg clas..pg smp ptg..ak membisu jek....ble org sblh tnye..jwb cm xnk jwb je..(jaat ke?)
sp soh dok sblh ak..pdn muke!!..hope es0k dpt dok sblh gurl..

tp yg bez nye..klass uh ask glak je..funny la pmbljrn uh..
sr0nok..interksi ngn si pncerite..ehehe...

wak2 rehat jek....ak tros lari dptkn kwn2 gurl ak!!..fuhh..slamat sket~
cite2..byk r...amek no fon...jln2...

end class at 5.20 p.m.. earlier than schedule...
eppi!!! tpi..pnat wo0!!

tomorrow..hope the better way...ahakx..
peace~...

org2 yg brknaan..jgn mara~

salam :)

Sunday, January 4, 2009

InTervIEw~

want to be a volenteer at petrosains??

1st- fill the applicati0n form...
2nd-get called f0r interview
3rd-interview
lastly-get selected..

fr0m 1000 applctn...160 selected for interview (i guest)..just 40 selected...

InteRvIEw......

2 pers0n incharge...5 org ms0k~!!
introduce urself plis....anythg cn be said..
0owh..fully english..totally!! u better try..it's not wrong to try right?~
what is your highest achivements??!!
y did you want to work here??

n yg xley bla....kne brlkon...or nyanyi...or mnari...
oh my God!! No wAy !!

tp ilek je..ak brlkon je...wt cm dyorg sume x wjud ler...fuhh..sume glak cm ape jek..mlu gk r...
lg2 org uh sur0 brlkon jd awek indian guy!! oh no0!! no way!! no such things in my life~

any questi0n?? no0o..no prob at all...

lst word..klo trplih..anda akn dihubungi sblom kol 7 today itself...


jam menunjukkan pukul 4.30...KRING!!KRING!!...

'mauizah ke uh??'
'yeah..i'm mauizah'
'you have been selected for voleteering works at petrosains..n tomorrow u need to come for orientation week 8.30 a.m. until 6.30 p.m. monday to friday~'
'o0w.yeah.thnk u'
'n u hve 2 wear smart casual.no jeans,sandals or slippers allowed'
'yes i undrstand..thnx again'

oh my go0dness!! i got it!! cannot believe it...BELIEVE IT~ aha.. :)) alhamdulillah..

starting new days of my life as early adult (teenager)...

fuhh..interesting..guidance...

Thursday, January 1, 2009

sTarting year 2009..
1 jan a.k.a 4 muharam...
azam br....'be the best, beat the rest'..yeah! i can d0 it!

flash back~~~.........

2007:-
-dftr kt kOlej Islam SulTan AlAm sHah (KISAS)..membuka lmbaran br..mgbh mnjd lbey baek...
-kwn2 br..prsktrn br..bley kate sume br r!
-salam prknln~...u cn call me izah..new image..
-klas tuka2...lastly..got 405..cikgu nani!..2nd m0m..sgt prihatin..
-klas pasif...totally~
-xm...result x mmbrangsgkn...tu la..sp soh men jek! :P

2008:-(alwayx in mem0ry..)
-class 505..maintain class..rslt lps x lps had..
-5 new members..welcome...sory r x knl sgt..bebulan lmenye br igt nme...
-br ade ksdrn sket..study2..tp..result blnn tr0kx gkx....adeyh..mn silap nye...
-SPM is ar0und the c0rner...br la rse cm btol2 blaja...f4 wt pe??
-o0uh..ini yg ak blja slme nie...fuhh..indahnye kbsrnnye~..inila nme nye..apble ikhlaskn dri~..nikmat x trhgge..
-mnuju ke dwn pprksaan dgn lafz bsmllh..
-xm dgan pn0n tenang~sebulan lme nye~
-2 Dis 08....alhamdulillah...at last..slesailah pprgn!...hanye tggl twkl n doa...
-one dy aftr...g brcuti k mlke!!
-cuti lmenye...nk wt pe kt uma???...PLKN?? alhmdllh ak x trplih..
-kje? studi?...
-eng class!!..preparati0n 4 overseas i think...amin...11A1 in my hand...insyaAllah..

for my frenz~


It's not about who you have known...




music